APA YANG ANDA TAHU TENTANG KIMCHI?

6:37 AM

Kalau nasi lemak terkenal sebagai trademark Malaysia, Korea pula terkenal dengan kimchi.

Apa rasa kimchi?
Mungkin ada di kalangan anda yang pernah makan kimchi di Malaysia, tetapi rasa kimchi yang dibuat di Malaysia jauh berbeza dengan rasa kimchi sebenar di Korea. Perbezaan rasa tu mungkin disebabkan kimchi di Malaysia sudah disesuaikan dengan selera orang Malaysia.

Jadi, jika mahu rasa kimchi sebenar anda perlu datang ke Korea sendiri.

Di Korea, kimchi dipercayai dapat menambah selera makan. Jadi di setiap hidangan makanan, kimchi adalah makanan yang wajib ada!!

Orang-orang Korea juga kata, kimchi ni dapat mencegah kanser. Selain memiliki kadar serat yang tinggi tetapi rendah kalori.

Kimchi ni juga pernah tersenarai sebagai antara makanan tersihat didunia! Tapi budak-budak muda Korea jarang makan kimchi ni sebab kimchi ni dari sayur.

Kimchi juga ada banyak jenis, dan kebanyakkannya dibuat dari sawi dan lobak.

Saya sendiri pernah makan kimchi yang sudah disimpan lebih dari dua tahun di rumah keluarga angkat Korea saya dan rasanya tidak boleh digambarkan dengan kata-kata!!

Mungkin kimchi ni bukan makanan yang sesuai dengan lidah jawa saya. 

Lidah anda pula bagaimana?

Jom datang ke Korea dengan ebook 17 panduan lengkap di Seoul untuk backpackers!
bukan sekadar panduan, saya akan pandaikan anda untuk travel ke Korea!!

Untuk pembelian EBOOK 17 PANDUAN LENGKAP DI SEOUL UNTUK BACKPACKERS boleh klik di SINI



You Might Also Like

0 comments