SENARAI BUKU KORIYA BOOKSTORE

12:14 AM



Harga belum termasuk pos. Harga pos RM6 (semenanjung) RM10 (sabah/sarawak). Tempoh penghantaran 3-5 hari bekerja. InshaAllah kadang-kadang 2 hari dah sampai. (update 18/12/2015)

Untuk pembelian whatapps +6017-7466-919

Jangan ragu-ragu dengan kami!

Beli dengan yakin!

Sebab saya bukan sekadar penjual buku, saya juga pembaca buku seperti anda! :D


1) Momen2 Matluthfi (RM25)

Tulisan-tulisan kali ini lebih panjang, lebih serius, lebih dewasa nadanya. Humornya ada, tetapi banyak inside jokes yang memerlukan pengetahuan asas dalam agama, politik, sosial, hiburan, dan isu-isu seputar keempat-empatnya.
Kalau hang tak dak background knowledge, sebab hang memang tak kesah apa benda yang jadi dalam dunia ni, hang memang terok. Aku sediakan footnote untuk orang-orang yang terok macam hang, sebab kalau aku tulih sorang-sorang tanpa ada pembaca, baik aku cakap dengan dinding - dan itu lebih terok.
Aku rasa Matluthfi belasan tahun pun tidak akan faham apa yang Matluthfi 24 tahun ni tulis. Sebenarnya aku malu dengan Matluthfi 5 tahun dulu sebab dia duk tulih benda-benda bodo. Sekarang ni aku tengah tumbok diri sendiri seminggu sekali untuk puaskan hati Matluthfi 5 tahun akan datang.
Tapi Alhamdulillah, ketidakpuasan hati ini satu petanda bahawa aku telah belajaq banyak benda baru, menginjak pemikiran ini ke tahap yang lebih dekat dengan generasi pembaca yang lebih berumur seperti mak hang.
Yaa mak hang juga akan membaca buku ini. Dia akan mempengaruhi ayah hang supaya turut meminati aku sehingga ayah hang sanggup bawak balik buku ni pi beraya di kampong, hanya untuk terkejut apabila disambut nenek hang.
“Eh, mak pun ade yang ni!”
Tanjat ayah hang bukan sahaja kerana mak dia layan Matluthfi, tetapi jugak kerana nenek hang itu sebenarnya sudah lama pergi...

2) Lalu Aku Hidup Sebagai Apa? (RM20)
"Lalu Aku Hidup Sebagai Apa?" merupakan himpunan tulisan berinspirasi, demi pengajaran hidup anak-anak muda yang terang bermakna.
Mengambil semangat pemikir agung Buya Hamka, buku ini menyuluh cahaya bagaiman hidup mesti berakal mencari ilmu untuk mati meninggalkan budi, lalu antaranya terbentang sebuah perjalanan yakin berani namun harus kekal merendah diri tunduk di bawah langit Ilahi.

3) Membedah P. Ramlee (RM25)
Mengapa Abang Ramlee tidak mahu berlakun lagi?

“Saya dah tua. Dah lama saya berlakun. Orang-orang pun dah tak suka saya lagi. Peminat-peminat saya pun semua dah kawin dah beranak dan dah sembahyang.

Kalau P. Ramlee berlakun siapa nak tengok. Nanti budak-budak universiti tanya apa kelulusan P. Ramlee tu.”

– Petikan temubual dengan P.Ramlee,1968.

“Buku Membedah P.Ramlee ini bukan buku biografi atau pun ulasan teknikal filem. Namun ianya lebih kepada catatan-catatan pengalaman peribadi aku menonton filem-filem P.Ramlee. Apa yang aku nampak dan aku rasakan.”

-Daniyal Kadir, Penulis Membedah P.Ramlee.



4)Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (RM22)
Zainuddin, lelaki yang tidak punya apa-apa. Harta tidak, rupa tidak, cinta pun kosong.
Pada ketika bertemu Hayati, Zainuddin mula sedar, yang harta itu boleh dicari, rupa itu boleh diterima seadanya, dan cinta, adalah satu anugerah Tuhan.
Datangnya cinta itu sebagai satu anugerah, dan perginya ia adalah satu bencana. Haryati terpaksa menikah bukan dengan dia.
Patah hati Zainuddin. Tidak dia sedar, patah hati kerana cinta itu juga satu anugerah. Anugerah yang pada akhirnya mempertemukan dia semula dengan Hayati dalam suasana yang tidak dia sangka.

Inilah karya Hamka yang secara indah memberikan kisah cinta antara dua darjat.  Cinta anak muda yang masih bergelora jiwanya. Inilah juga karya Hamka yang secara lembut dan sopan, memberi kritik sosial yang tajam pada masyarakat, yang lebih memandang harta dan keturunan dengan beralaskan agama. Inilah juga karya Hamka, yang bukan sahaja membuat bibir tersenyum bahagia, juga akan membuat dada sesak menahan hiba. Karya yang akan membuatkan pembaca turut tenggelam dalam emosi dan makna, seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.


5) #Sound Direct (RM20)

“Bangladesh paham, hangpa tak paham.

Hangpa lagi teruk daripada Bangladesh tu.”



“Sebab tu ada orang balik dari umrah ataupun haji,

depa tak solat dah…, sebab dah banyak pahala!”



---------

Himpunan tazkirah ringkas dan pedas daripada Ustaz Abdullah Khairi yang disusun mengikut kategori, iaitu Ibadah, Akhlak, Akidah, dan Muamalah.

Ada pengajaran yang berguna.


6) About love

Kalau memang terlihat rumit, lupakanlah. Itu jelas bukan cinta sejati kita. Cinta sejati selalu sederhana.

Ada seseorang dalam hidupmu yang ketika ia pergi, maka ia juga membawa sepotong hatimu.

Terkadang cinta tumbuh dengan cara yang amat ganjil dan di tempat yang keliru.

Cinta hanyalah segumpal perasaan dalam hati. Sama halnya dengan gumpalan perasaan senang, gembira, dan sedih.

Suatu saat jika kau beruntung menemukan cinta sejatimu, ketika kalian saling bertatap untuk pertama kalinya, waktu akan terhenti.

Jika berjodoh, Tuhan sendiri yang akan memberikan jalan baiknya. Termasuk kebetulan-kebetulan yang menakjubkan.

Kau tidak akan mendapatkan seseorang kalau kau terlalu mencintainya.


7) Mryam anak syurga (RM13)


Aku melahirkan dua anak dengan satu kematian, sedangkan orang lain melahirkan anak lalu diambil terus oleh Tuhan. Aku melahirkan ketika suami di kejauhan, sedangkan orang lain melahirkan ketika suami bertemu Tuhan.


Sebaik sahaja aku masuk ke bilik itu, kelihatan dari jauh tiga orang doktor di katil Maryam. Aku segera mendekati, dan hancur luluh hatiku. Muka maryam sudah berubah, tersangat lain. Berlaku pendarahan sangat banyak. Darah keluar dari mulut dan hidung. Maryam sudah tidak sedar, bacaan jantung sudah tiada.


Aku segera menenangkan diri dengan beristighfar. "Maryam, Mama datang, sayang...."


8) Sebelum Aku Bernikah: Memeluk Sempurna (RM29)


Buku ini, Sebelum Aku Bernikah: Memeluk Sempurna, ditulis atas semangat perkongsian, untuk melontarkan idea dan pandangan, berkait isu-isu seputar cinta, pernikahan, dan rumah tangga.

Bersama dengan sedikit penambahan pengalaman penulis selepas melalui pernikahan dan alam rumah tangga, penulis fikir ada baiknya beliau tulis sebuah buku untuk membincangkan semula isu-isu ini, dengan lebih teratur bersama nafas yang lebih segar.
‘Memeluk Sempurna’ dipilih sebagai tema adalah kerana kesempurnaan merupakan idaman dan fantasi ramai orang.
Dibesarkan dengan media menjadi diktator kehidupan, manusia hidup mengidamkan kesempurnaan, dan ini biasanya menjadi penyebab kepada huru-haranya kehidupan. Lebih-lebih lagi, apabila makna ‘sempurna’ itu sendiri telah dicemarkan oleh media massa, masyarakat, dan apa sahaja instrumen pendidikan, yang melakarkan wajah yang salah kepada apa yang dinamakan ‘sempurna’.



9) The Other Side of the Coin (RM25)

With any one way of looking at something in life, there will be a different way or different ways of looking at it."

"The Other Side of the Coin" offers an alternative perspective into topics such as identity, love, education, community, and self-worth. These are only a few essential topics that we need to look into, refine, and do a societal self-reflection on. There is more than one side to any coin. It means that with any one way of looking at something in life, there will be a different way or different ways of looking at it.
"Everyone can inspire. You do not need to do everything to please everyone. You just need to know what talent is suitable for you."  

AIMAN AZLAN
Aiman Azlan is, among other things, a video blogger who makes videos on Youtube and a blogger who writes on his blog www.aimanazlan.com. He graduated from University of Toronto, Canada with a degree in Biology and Psychology. He now spends his time traveling across Malaysia and beyond as a freelancer public speaker, speaking to people, especially the youth, on various topics. His aim is to motivate and inspire people to become a better version of themselves, realizing their full God-given potentials.
AMEEN MISRAN
Abdul Muhaimin Misran or known as 'Ameen Misran' is a passionate lover of the arts and literature. His fiery spoken word poetry performances are designed to captivate the audience. Ameen Misran is a former student of Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyyah (MATRI). He holds a bachelor's degree in English Language and Literature (BENL) from International Islamic University Malaysia (IIUM). Ameen Misran is a writer (www.langitilahi.com). journalist and spoken word artist.



10) Diagnosis (RM20)

Kalau mahu jadi DOKTOR sebab mahu:

1) Kaya
2) Bergaya
3) ’Glamour’
4) Rasa ‘Superior’
Lupakan serta merta. Kuburkan cita-cita mahu jadi doktor segera. Masih banyak kerjaya lain yang dapat berikan kamu semua di atas, bukan kerjaya kedoktoran.
Ini kerjaya yang akan buat kamu rasa betapa dengkelnya ilmu manusia dan betapa hebatnya kuasa Dia. Ini kerjaya yang boleh  buat kamu lebih hargai setiap degup jantung manusia kerana ia mampu berhenti tiba-tiba, pada bila-bila masa. Ini kerjaya yang boleh buat kamu terpaksa korbankan banyak perkara yang kamu mahu di dunia (antaranya cinta) kerana mahu menyelamatkan nyawa.
Maka kerana itu DIAgnosis tercipta untuk memberi inspirasi dan pengajaran bukan hanya pada doktor, bakal doktor atau semua yang berkerja dalam bidang perubatan tetapi juga disasarkan pada semua lapisan masyarakat.
Penulis: Dr. Anwar Fazal (MD), Dr. Muhammad Aizzat Othman (MD) & Dr. Azah Isa (MBBS)









You Might Also Like

0 comments